Sony Xperia SP - Mengemas kini peranti anda

background image

Mengemas kini peranti anda

Kemas kini peranti anda kepada versi perisian terkini untuk mendapat prestasi yang

optimum dan penambahan terkini. Anda boleh menggunakan aplikasi pusat Kemas

Kini pada peranti anda untuk menjalankan kemas kini wayarles atau anda boleh

menggunakan aplikasi PC Companion pada komputer untuk menjalankan kemas kini

menggunakan sambungan kabel USB.
Jika anda mengemas kini secara wayarles, anda sama ada boleh menggunakan
rangkaian mudah alih ataupun sambungan rangkaian Wi-Fi

®

. Pastikan anda membuat

sandaran dan menyimpan semua data yang disimpan pada peranti anda sebelum

anda menjalankan kemas kini.

Keluaran perisian baru mungkin tidak serasi dengan semua peranti. Apabila anda menjalankan

kemas kini menggunakan aplikasi pusat Kemas Kini, sambungan data diwujudkan dan bayaran

berkaitan mungkin dikenakan. Juga, ketersediaan kemas kini melalui rangkaian mudah alih

bergantung kepada pengendali anda. Hubungi pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan

maklumat lanjut.

Mengemas kini peranti anda secara wayarles

Gunakan aplikasi pusat Kemas Kini untuk mengemas kini peranti anda secara

wayarles. Anda boleh memuat turun kemas kini perisian secara manual atau anda

boleh membenarkan perkhidmatan Kemas Kini untuk mengemas kini peranti anda

secara automatik apabila muat turun tersedia pada bila-bila masa. Apabila ciri kemas

kini automatik diaktifkan, pemberitahuan muncul dalam bar status setiap kali kemas

kini tersedia.

Untuk memuat turun kemas kini perisian secara manual daripada Update center

1

Daripada Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Pilih kemas kini aplikasi atau sistem yang diingini dan ketik atau ketik untuk

memuat turun semua kemas kini aplikasi.

Kemas kini aplikasi dilancarkan secara automatik selepas muat turun. Dengan kemas kini

sistem, pasangkan kemas kini secara manual selepas muat turun. Peranti anda kemudiannya

akan dimulakan semula secara automatik selepas pemasangan selesai. Anda mungkin

dikenakan caj sambungan data apabila memuat turun kemas kini melalui rangkaian mudah

alih.

Untuk mengaktifkan kemas kini perisian automatik menggunakan aplikasi Pusat

Kemas Kini

1

Daripada skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Tekan , kemudian ketik Tetapan.

4

Tandakan kotak semakan Benarkan muat turun automatik, kemudian, ketik

Setuju

. Kemas kini dimuat turun secara automatik sebaik sahaja ia tersedia.

Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila memuat turun kemas kini melalui

rangkaian mudah alih.

Untuk memasang kemas kini sistem

1

Daripada Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Pusat Kemas Kini.

3

Pilih kemas kini sistem yang anda ingin pasang, kemudian ketik .

Mengemas kini peranti anda menggunakan sambungan kabel USB

Sesetengah kemas kini tidak tersedia untuk dimuat turun secara wayarles.

Pemberitahuan kelihatan dalam bar status untuk memaklumkan anda mengenai

kemas kini sedemikian. Untuk memuat turun dan menjalankan kemas kini, anda

113

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

memerlukan kabel USB dan komputer yang menjalankan aplikasi PC Companion.

Anda boleh memasang PC Companion pada komputer menggunakan fail

pemasangan yang disimpan pada peranti anda atau anda boleh memuat turun

aplikasi secara terus daripada

halaman perisian PC Companian

.

Untuk melancarkan muat turun PC Companion menggunakan peranti anda

1

Sambung peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.

2

Apabila digesa, ikut arahan dalam peranti anda untuk melancarkan

pemasangan PC Companion pada komputer.

Untuk memuat turun kemas kini perisian menggunakan sambungan kabel USB

1

Pasang aplikasi PC Companion pada komputer yang anda gunakan, jika ia

belum dipasang.

2

Sambungkan peranti anda pada komputer menggunakan kabel USB.

3

Komputer

: Lancarkan aplikasi PC Companion. Selepas beberapa ketika, PC

Companion mengesan peranti anda dan mencari perisian baru untuknya.

4

Peranti

: Apabila pemberitahuan kelihatan dalam bar status, ikuti arahan pada

paparan untuk melakukan kemas kini perisian berkaitan.

Untuk mengemas kini peranti anda menggunakan komputer Apple

®

Mac

®

1

Pasang aplikasi Sony™ Bridge for Mac pada komputer Apple

®

Mac

®

yang anda

sedang gunakan, jika ia belum lagi dipasangkan.

2

Menggunakan kabel USB, sambungkan peranti anda kepada komputer Apple

®

Mac

®

.

3

Komputer

: Lancarkan aplikasi Sony™ Bridge for Mac. Selepas beberapa

ketika, Sony™ Bridge for Mac mengesan peranti anda dan mencari perisian

baru untuknya.

4

Komputer

: Jika kemas kini perisian baru dikesan, tetingkap pop-timbul akan

kelihatan. Ikuti arahan pada paparan untuk menjalankan kemas kini perisian

berkaitan.

Aplikasi Sony™ Bridge for Mac boleh dimuat turun daripada

halaman perisian Bridge for Mac

.