Menetapkan semula peranti anda
Anda boleh menetapkan semula peranti anda kepada tetapan asalnya, dengan atau
tanpa memadamkan semua data peribadi anda. Sebelum anda menjalankan
penetapan semula, pastikan anda menyandarkan sebarang data penting disimpan
pada peranti anda.
Untuk menjalankan penetapan semula data kilang
Untuk mengelakkan kerosakan kekal pada peranti anda, jangan mulakan semula peranti
semasa prosedur penetapan semula sedang dijalankan.
1
Sebelum anda memulakan, pastikan untuk menyandarkan sebarang data
penting yang disimpan pada memori dalaman peranti anda ke kad memori atau
kad bukan dalaman yang lain.
2
Dari Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik Tetapan > Sandaran & tetapan semula > Tetapkan semula
data kilang
.
4
Untuk memadamkan maklumat, seperti gambar dan muzik, dari storan dalaman
anda, tandakan kotak semak Hapuskan data storan dalaman.
5
Ketik Tetapkan semula telefon.
6
Untuk mengesahkan, ketik Padam semua.