Sony Xperia SP - Aplikasi Sandaran dan pemulihan

background image

Aplikasi Sandaran dan pemulihan

Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk membuat sandaran kandungan

pada kad ingatan atau peranti storan USB. Sandaran sedemikian boleh digunakan

untuk memulihkan kandungan anda dan beberapa tetapan sekiranya data anda hilang

atau dipadam.

Jenis kandungan yang anda boleh sandarkan

Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk membuat sandaran jenis data

berikut:

Penanda buku

Log panggilan

Kenalan

Aplikasi yang dimuat turun daripada Google Play™

Mesej multimedia

Tetapan sistem (seperti penggera, kelantangan pendering dan tetapan bahasa)

Mesej teks

Anda mungkin dikenakan caj penghantaran data tambahan apabila anda memulihkan aplikasi

daripada Google Play™.

Bersedia untuk menggunakan aplikasi Sandaran dan pulihkan

Sebelum membuat sandaran kandungan anda, anda boleh memilih destinasi

sandaran dan jenis data yang ingin anda buat sandaran.

114

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memilih destinasi sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Ketik Sandarkan.

4

Ketik bar di bawah Lokasi untuk menyimpan data.

5

Pilih destinasi yang anda ingin sandarkan kandungan anda.

Untuk memilih jenis data untuk dibuat sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Ketik Sandarkan.

4

Pilih jenis data yang anda ingin sandarkan.

Untuk membuat sandaran kandungan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Ketik Sandarkan, kemudian ketik Sandarkan sekarang.

4

Masukkan kata laluan untuk sandaran, kemudian ketik OK.

Memulihkan kandungan yang disandarkan menggunakan aplikasi

Sandaran dan pemulihan

Apabila anda memulihkan kandungan yang disandarkan, anda harus memilih rekod

sandaran untuk dipulihkan daripadanya. Jika anda telah membuat sandaran

kandungan sebanyak beberapa kali, anda mempunyai beberapa rekod sandaran.

Selepas anda memilih rekod sandaran, anda kemudiannya boleh memilih jenis data

yang manakah untuk dipulihkan.

Untuk memulihkan kandungan daripada rekod sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Ketik Pulihkan.

4

Pilih rekod yang anda ingin pulihkan, kemudian ketik Pulihkan sekarang.

5

Masukkan kata laluan untuk rekod sandaran, kemudian ketik OK.

Ingat bahawa sebarang perubahan yang anda lakukan pada data dan tetapan anda selepas

anda mewujudkan sandaran akan dipadamkan semasa prosedur pemulihan.

Mengurus rekod sandaran

Anda boleh memadam atau menamakan semula rekod sandaran yang anda buat

menggunakan fungsi Sandaran & simpan semula.

Untuk menamakan semula rekod sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Tekan , kemudian ketik Uruskan rekod sandaran.

4

Pilih rekod sandaran yang anda ingin namakan semula.

5

Ketik .

6

Masukkan nama baru dan ketik Namakan semula.

Untuk memadam rekod sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Sandar & Pulih.

3

Tekan , kemudian ketik Uruskan rekod sandaran.

4

Pilih rekod sandaran yang anda ingin padamkan, atau ketik jika anda ingin

memadam semua rekod.

5

Ketik > Padam.

115

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.