Sony Xperia SP - Perkhidmatan dan sumber lokasi

background image

Perkhidmatan dan sumber lokasi

Gunakan peranti anda untuk mengetahui lokasi anda. Terdapat dua cara atau

sumber: Satelit GPS dan rangkaian wayarles. Dayakan pilihan rangkaian wayarles

(rangkaian Wi-Fi dan mudah alih) jika anda cuma memerlukan lokasi anggaran anda,

dan mahukannya dengan cepat. Jika anda mahukan kedudukan yang lebih tepat, dan

mempunyai pandangan langit yang jelas, dayakan pilihan satelit GPS. Dalam situasi

sambungan rangkaian wayarles lemah, anda perlu dayakan kedua-dua pilihan untuk

memastikan lokasi anda ditemui. Kedua-dua pilihan diaktifkan secara lalai apabila

anda dayakan perkhidmatan lokasi.

Sony tidak menjamin ketepatan sebarang perkhidmatan lokasi, termasuk tetapi tidak terhad

kepada perkhidmatan navigasi.

Untuk mendayakan perkhidmatan lokasi

1

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

2

Ketik Perkhidmatan lokasi.

3

Seret penggelangsar di sebelah Akses kepada lokasi saya ke kanan.

4

Ketik Setuju dua kali untuk sahkan.

Apabila anda dayakan perkhidmatan lokasi, kedua-dua Satelit GPS dan Perkhidmatan lokasi

Google (rangkaian Wi-Fi dan mudah alih) didayakan secara lalai. Anda boleh nyahdayakan

mana-mana pilih secara manual.

Untuk membenarkan aplikasi Google untuk mengakses lokasi anda

1

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

2

Ketik Google > Tetapan lokasi.

3

Seret penggelangsar di sebelah Biarkn Google apps akses lokasi anda ke

kanan.

Anda mesti didaftar masuk ke akaun Google™ agar dapat menggunakan perkhidmatan lokasi.