Sony Xperia SP - Google Maps™‎

background image

Google Maps™

Gunakan Google Maps™ untuk menjejaki lokasi semasa anda, melihat situasi trafik

masa nyata dan mendapatkan arah terperinci ke destinasi anda. Sebelum membuat

perjalanan, anda boleh memuat turun dan menyimpan peta ke kad ingatan anda untuk

mengelakkan kos perayauan yang tinggi.

Aplikasi Google Maps™ memerlukan penggunaan sambungan Internet. Anda boleh dikenakan

caj sambungan data apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi

pengendali rangkaian anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Aplikasi Google Maps™

mungkin tidak tersedia di setiap pasaran, negara atau rantau.

Untuk menggunakan Google Maps™

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Peta.

Jika anda ingin menggunakan Google Maps™, anda perlu mendayakan salah satu cara lokasi

yang tersedia di bawah Tetapan > Perkhidmatan lokasi.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Maps™

Apabila anda menggunakan Google Maps™, ketik , kemudian ketik Bantuan.

Melihat lokasi rakan anda dengan Google Latitude™

Sertai Google Latitude™ untuk melihat lokasi rakan anda pada peta dan berkongsi

lokasi anda dan maklumat lain dengan mereka.

109

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.