Sony Xperia SP - Senarai main

background image

Senarai main

Pada skrin utama WALKMAN, anda boleh mewujudkan senarai main anda sendiri

daripada muzik yang disimpan pada peranti anda.

Untuk mewujudkan senarai main anda sendiri

1

Buka skrin utama WALKMAN.

2

Untuk menambah artis, album atau lagu pada senarai main, sentuh terus nama

artis atau tajuk album atau lagu.

3

Dalam menu yang terbuka, ketik Tambah pada > Wujudkn snarai main baru.

4

Masukkan nama untuk senarai main dan ketik OK.

Anda boleh juga ketik seni album dan kemudian ketik untuk mewujudkan senarai main

baru.

Untuk menambah lagu pada senarai main

1

Buka skrin utama WALKMAN.

2

Semak imbas ke lagu atau album yang anda ingin tambahkan pada senarai

main, kemudian sentuh terus tajuk lagu atau album.

3

Ketik Tambah pada.

4

Ketik nama senarai main mana yang anda ingin tambah album atau lagu.

Album atau lagu ditambah pada senarai main.

Untuk memainkan senarai main anda sendiri

1

Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Senarai main.

2

Di bawah Senarai main, ketik senarai main.

3

Ketik lagu untuk memainkannya.

Untuk mengalih keluar lagu daripada senarai main

1

Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang anda hendak padam.

2

Ketik Padamkn drpd senarai main daripada senarai yang muncul.

Untuk memadam senarai main

1

Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Senarai main.

2

Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.

3

Ketik Padam.

4

Ketik Padam sekali lagi untuk sahkan.

Anda tidak boleh memadam senarai main lalai.