Berkongsi muzik
Untuk menghantar lagu
1
Buka skrin utama WALKMAN.
2
Semak imbas ke lagu atau album yang anda ingin hantar, kemudian sentuh
terus tajuk lagu.
3
Ketik Kongsi.
4
Pilih aplikasi daripada senarai, kemudian ikuti arahan pada paparan.
Anda juga boleh menghantar album dan senarai main dengan cara yang sama.
Berkongsi muzik pada Facebook™
Fungsi Muzik rakan mengumpul pautan ke muzik dan kandungan berkaitan muzik
yang anda dan rakan anda telah kongsi menggunakan Facebook™.
62
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk "Suka" lagu pada Facebook™
1
Semasa lagu dimainkan dalam aplikasi "WALKMAN", ketik seni album.
2
Ketik untuk menunjukkan anda "Suka" lagu pada Facebook™. Jika anda
mahukan, tambah komen dalam medan komen.
3
Ketik Kongsi untuk menghantar lagu ke Facebook™. Jika lagu berjaya diterima,
anda akan mendapat mesej pengesahan daripada Facebook™.
Untuk menguruskan muzik daripada rakan-rakan anda
1
Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Muzik rakan > Terbaru.
2
Ketik item untuk membukanya, kemudian kendalikannya seperti yang diingini.
3
Ketik untuk menunjukkan bahawa anda "Suka" lagu di Facebook™. Jika
anda mahu, tambah komen dalam medan komen.
Untuk melihat muzik yang dikongsi anda
1
Buka skrin utama WALKMAN, kemudian ketik Muzik rakan > Prkongsian sya.
2
Tatal ke item yang anda ingin buka, kemudian ketiknya. Semua komen
mengenai item, jika ada, dipaparkan.