
Menyelaraskan dengan Facebook™
Terdapat dua cara untuk menggunakan Facebook™ pada peranti anda. Anda boleh
menggunakan aplikasi Facebook standard untuk mengakses akaun Facebook dalam
talian anda atau anda boleh menyelaraskan akaun Facebook anda dengan peranti
dan berkongsi kandungan antara Facebook™ dan pelbagai aplikasi lain. Contohnya,
anda boleh berkongsi muzik dalam aplikasi "WALKMAN" pada peranti anda melalui
Facebook. Untuk menyelaraskan peranti anda dengan Facebook, anda mestilah
menyediakan akaun "Xperia™ dengan Facebook".
Untuk menyediakan akaun "Xperia™ dengan Facebook" pada peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Tambah akaun > Xperia™ dengan Facebook.
3
Ikuti arahan pada paparan untuk mendaftar masuk ke akaun Facebook™ anda
atau buat akaun baru.
106
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Untuk menyelaras secara manual dengan akaun "Xperia™ dengan Facebook"
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Xperia™ dengan Facebook.
3
Pilih akaun yang anda hendak selaraskan.
4
Tekan , kemudian ketik Selaraskan sekarang.
Untuk mengalih keluar akaun "Xperia™ dengan Facebook"
Apabila anda mengalih keluar akaun "Xperia™ dengan Facebook" dari peranti anda, akaun
Facebook dalam talian yang dikaitkan itu tidak dipadamkan dan anda masih boleh
mengaksesnya dari komputer.
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Xperia™ dengan Facebook.
3
Pilih akaun yang anda hendak alih keluar.
4
Tekan , kemudian ketik Alih keluar akaun.
5
Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.
107
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.