Sony Xperia SP - Menyelaras dengan Microsoft® Exchange ActiveSync®

background image

Menyelaras dengan Microsoft® Exchange ActiveSync®

Dengan akaun Microsoft Exchange ActiveSync, anda boleh mengakses mesej e-mel

korporat anda, janji temu kalendar dan kenalan anda secara terus pada peranti anda.

Selepas persediaan, anda boleh mendapatkan maklumat dalam aplikasi E-mel,

Kalendar

dan Kenalan .

Untuk menyediakan e-mel korporat, kalendar dan kenalan untuk penyelarasan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Tambah akaun > Exchange ActiveSync.

3

Masukkan alamat e-mel korporat dan kata laluan anda.

4

Ketik Seterusnya. Peranti anda mula mengambil maklumat akaun anda. Jika

kegagalan berlaku, hubungi pentadbir rangkaian korporat anda untuk

mendapatkan maklumat lanjut, kemudian masukkan butiran domain dan

pelayan untuk akaun anda secara manual.

5

Ketik OK untuk membenarkan pelayan korporat anda mengawal peranti anda.

6

Pilih data yang anda mahu selaraskan dengan peranti anda, seperti entri

kenalan dan kalendar.

7

Jika diingini, aktifkan pentadbir peranti untuk membenarkan pelayan korporat

anda mengawal ciri keselamatan tertentu pada peranti anda. Contohnya, anda

boleh benarkan pelayan korporat anda untuk menetapkan peraturan kata laluan

dan menetapkan penyulitan storan.

8

Apabila persediaan selesai, masukkan nama untuk akaun korporat.

Untuk menyunting persediaan e-mel korporat, kalendar dan kenalan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik Tetapan dan pilih akaun korporat.

4

Tukar tetapan yang diinginkan.

Untuk menetapkan selang penyelarasan untuk akaun korporat

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik E-mel, kemudian ketik .

3

Ketik Tetapan dan pilih akaun korporat.

4

Ketik Kekerapan penyemakan dan buat pilihan selang waktu.

Untuk mengalih keluar akaun korporat

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik Tetapan > Exchange ActiveSync, kemudian pilih akaun korporat.

3

Ketik , kemudian ketik Alih keluar akaun.

4

Ketik Alih keluar akaun sekali lagi untuk mengesahkan.