Membuat panggilan
Gambaran keseluruhan membuat panggilan
Anda boleh membuat panggilan dengan mendail nombor telefon secara manual,
dengan mengetik nombor yang disimpan dalam senarai kenalan anda atau dengan
mengetik nombor telefon dalam paparan log panggilan anda. Anda boleh juga
menggunakan ciri dail pintar untuk mencari nombor dengan cepat dari senarai
kenalan dan log panggilan anda. Untuk membuat panggilan video, anda boleh
menggunakan aplikasi pemesejan segera dan chat video Hangouts™ pada peranti
anda. Lihat
Pemesejan segera dan chat video
pada halaman 52.
1
Buka senarai kenalan anda
2
Lihat entri log panggilan anda
3
Lihat kenalan kegemaran anda
4
Lihat semua kumpulan kenalan yang disimpan pada peranti anda
5
Padamkan akaun
6
Pad dail
7
Sembunyikan atau kosongkan log panggilan
8
Butang panggilan
9
Sembunyikan atau tunjukkan pendail
Untuk membuat panggilan dengan mendail
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Masukkan nombor penerima dan ketik .
Untuk membuat panggilan menggunakan dail pintar
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Gunakan pad dail untuk memasukkan huruf atau nombor yang sepadan dengan
kenalan yang anda mahu hubungi. Senarai kemungkinan padanan kelihatan
apabila anda memasukkan setiap huruf atau nombor.
4
Ketik kenalan yang anda mahu hubungi.
39
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk membuat panggilan antarabangsa
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Telefon.
3
Sentuh terus 0 sehingga tanda “+” kelihatan.
4
Masukkan kod negara, kod kawasan (tanpa 0 pertama) dan nombor telefon,
kemudian ketik .
Menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
pada peranti penerima panggilan apabila anda menghubungi mereka.
Untuk menunjukkan atau menyembunyikan nombor telefon anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Tetapan panggilan > Tetapan tambahan > ID
Pemanggil
.