Tetapan Internet dan pemesejan
Untuk mengakses Internet dan untuk menghantar mesej multimedia, anda mesti
mempunyai sambungan data mudah alih dan tetapan yang betul, juga dipanggil
tetapan APN (Nama Pusat Akses). APN mengenal pasti rangkaian yang peranti
mudah alih boleh bersambung
Anda biasanya boleh memuat turun tetapan Internet dan pemesejan apabila anda
menyediakan peranti anda buat kali pertama dengan kad SIM dimasukkan. Dalam kes
lain, tetapan mungkin sedia dipasang. Jika tidak, anda boleh memuat turun atau
menambah tetapan secara manual. Hubungi pengendali rangkaian anda untuk
mendapatkan maklumat terperinci mengenai tetapan Internet dan pemesejan.
Jika anda tidak dapat mengakses Internet, tiada sambungan data atau tidak dapat
menghantar atau menerima mesej multimedia, cuba memadam semua tetapan Internet dan
pemesejan dan kemudian tambahkannya sekali lagi.
Untuk memuat turun tetapan Internet dan pemesejan
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Xperia™ > Tetapan internet.
3
Ketik Terima.
Untuk menetapkan semula tetapan Internet lalai
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Ketik Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik Nama Pusat Akses, kemudian ketik .
4
Ketik Tetapkn semula kepada lalai.
Nama Pusat Akses (APN)
APN digunakan untuk mewujudkan sambungan data antara peranti anda dan Internet.
APN menentukan jenis alamat IP, kaedah keselamatan dan sambungan hujung tetap
yang hendak digunakan. Menyemak APN dapat membantu anda apabila anda tidak
boleh mengakses Internet, tiada sambungan data atau tidak boleh menghantar atau
menerima mesej multimedia.
34
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk melihat (APN) semasa
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik Nama Pusat Akses.
Jika anda mempunyai beberapa sambungan tersedia, sambungan rangkaian yang aktif
ditunjukkan dengan butang yang ditandakan.
Untuk menambah tetapan Internet secara manual
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Rangkaian mudah alih.
3
Ketik Nama Pusat Akses > .
4
Ketik Nama dan masukkan nama profil rangkaian yang anda ingin wujudkan.
5
Ketik APN dan masukkan nama pusat akses.
6
Masukkan semua maklumat lain yang diperlukan oleh pengendali rangkaian
anda.
7
Setelah anda selesai, ketik , kemudian ketik Simpan.
Maklumat penggunaan
Untuk tujuan kualiti, Sony Mobile mengumpulkan laporan pepijat dan statistik tanpa
nama berkenaan peranti anda. Tiada maklumat yang dikumpulkan merangkumi data
peribadi.
Untuk membolehkan penghantaran maklumat penggunaan
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik Tetapan > Xperia™ > Tetapan maklumat penggunaan.
3
Tandakan kotak semak Hntr mklumat p'gunaan jika ia belum ditandakan.
4
Ketik OK.