Status dan pemberitahuan
Bar status pada bahagian atas skrin anda menunjukkan apa yang berlaku dalam
peranti anda. Di sebelah kiri, anda mendapat pemberitahuan apabila terdapat sesuatu
yang baru atau sedang berjalan. Sebagai contoh, pemberitahuan mesej baru dan
kalendar kelihatan di sini. Sebelah kanan menunjukkan kekuatan isyarat, status bateri
dan maklumat lain.
Bar status membolehkan anda melaraskan tetapan asas pada peranti anda,
contohnya, Wi-Fi®, Bluetooth™, lalu lintas data dan bunyi. Anda juga boleh membuka
menu tetapan dari panel Pemberitahuan untuk menukar tetapan lain.
23
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Lampu pemberitahuan juga memberikan anda maklumat status bateri dan beberapa
pemberitahuan lain. Sebagai contoh, lampu biru berkelip bermaksud terdapat mesej
baru atau panggilan terlepas. Lampu pemberitahuan mungkin tidak berfungsi semasa
paras bateri terlalu rendah.
Memeriksa pemberitahuan dan aktiviti yang sedang dijalankan
Anda boleh menyeret ke bawah bar status untuk membuka panel Pemberitahuan dan
mendapatkan maklumat lanjut. Contohnya, anda boleh menggunakan panel untuk
membuka mesej baru atau melihat acara kalendar. Anda juga boleh membuka
beberapa aplikasi yang dijalankan pada latar belakang, seperti pemain muzik.
Untuk membuka panel Pemberitahuan
•
Seret bar status ke bawah.
24
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menutup panel Pemberitahuan
•
Seret tab pada bahagian bawah panel Pemberitahuan ke bahagian atas.
Untuk bertindak terhadap pemberitahuan
•
Ketik pemberitahuan.
Untuk menolak pemberitahuan dari panel Pemberitahuan
•
Letakkan jari anda pada pemberitahuan dan kuis ke kiri atau kanan.
Untuk mengosongkan semua pemberitahuan daripada panel Pemberitahuan
•
Ketik Ksngkn.
Menetapkan peranti anda dari panel Pemberitahuan
Anda boleh membuka menu tetapan dari panel Pemberitahuan untuk melaraskan
tetapan pantas peranti. Sebagai contoh, anda boleh menghidupkan Wi-Fi
®
.
Untuk membuka menu tetapan peranti dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk melaraskan tetapan bunyi dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk mengawal fungsi Bluetooth
®
dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk mengawal fungsi Wi-Fi® dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Untuk melaraskan paras kecerahan dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah.
2
Ketik .
Menyuaikan tetapan pantas dari panel Pemberitahuan
Anda boleh menyuaikan tetapan pantas dari panel Pemberitahuan dengan memilih
tetapan pantas yang diingini dan mengatur semula susunannya. Anda boleh memilih
sehingga 10 tetapan pantas atau tidak memilih apa-apa.
25
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memilih tetapan pantas dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Dapatkan dan ketik Paparan > Tetapan pantas.
3
Pilih tetapan pantas yang anda mahukan.
Untuk mengatur semula tetapan pantas dari panel Pemberitahuan
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Dapatkan dan ketik Paparan > Tetapan pantas.
3
Sentuh terus di sebelah tetapan pantas, kemudian alihkannya ke kedudukan
yang diingini.