Sony Xperia SP - Skrin kunci

background image

Skrin kunci

Skrin kunci adalah skrin yang anda lihat semasa peranti dikunci tetapi skrin adalah

aktif. Skrin kunci boleh mempunyai sehingga lima anak tetingkap dan anda boleh

menambah satu widget pada setiap anak tetingkap. Anda kemudiannya boleh

mengakses widget ini daripada skrin kunci. Contohnya, anda boleh menambah widget

Kalendar dan widget e-mel agar anda boleh mendapat akses yang lebih pantas

kepada aplikasi ini.

Widget Jam terletak di anak tetingkap tengah secara lalai pada skrin kunci.

Untuk menambah widget pada skrin kunci

1

Untuk aktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .

2

Leret ke dalam dari bahagian kiri atas kawasan skrin sehingga kelihatan,

kemudian ketiknya.

3

Jika perlu, masukkan kod PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka

kunci skrin.

4

Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.

5

Jika perlu, ikut arahan pada paparan untuk selesai menambah widget.

Untuk mengalih keluar widget daripada skrin kunci

1

Untuk aktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .

2

Sentuh terus widget yang anda ingin alih keluar, kemudian seretnya ke .

Untuk memindahkan widget pada skrin kunci

1

Untuk aktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .

2

Sentuh terus widget yang anda pindahkan, kemudian seretnya ke lokasi baru.