Pad telefon
Pad telefon serupa dengan pad kekunci telefon 12 kekunci standard. Ia memberikan
anda pilihan input teks ramalan dan berbilang tap. Anda boleh aktifkan kaedah input
teks Pad telefon melalui tetapan papan kekunci. Pad telefon hanya tersedia dalam
orientasi potret.
1 Buat pilihan input teks. Anda boleh ketik setiap aksara sekali dan gunakan cadangan perkataan, atau
terus mengetik kekunci sehingga aksara yang dikehendaki dipilih.
2 Padam aksara sebelum kursor.
3 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks.
4 Masukkan ruang.
5 Paparkan simbol dan senyuman.
27
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
6 Paparkan nombor.
7 Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar.
Untuk membuka Pad telefon untuk kali pertama
1
Ketik medan entri teks, kemudian ketik
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan papan kekunci.
3
Ketik Rupa papan kekunci > Bentangan papan kekunci.
4
Pilih Pad telefon.
Untuk memasukkan teks menggunakan Pad telefon
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik setiap kekunci aksara sekali
sahaja, walaupun huruf yang anda mahukan bukan huruf pertama pada kekunci
tersebut. Ketik perkataan yang kelihatan atau ketik
untuk melihat lebih
banyak cadangan perkataan dan memilih perkataan dari senarai.
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik kekunci pada paparan untuk
aksara yang anda mahu masukkan. Teruskan mengetik butang ini sehingga
aksara yang diingini dipilih. Kemudian lakukan cara yang sama untuk aksara
seterusnya yang anda mahu masukkan dan seterusnya.
Untuk memasukkan nombor menggunakan Pad telefon
•
Apabila Pad telefon dipaparkan, ketik Pad telefon dengan nombor akan
kelihatan.
Untuk memasukkan simbol dan senyuman menggunakan Pad telefon
1
Apabila Pad telefon dipaparkan, ketik
Grid dengan simbol dan senyuman
kelihatan.
2
Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan. Ketik simbol
atau senyuman untuk memilihnya.