Ingatan
Anda boleh menyimpan kandungan pada storan dalaman peranti anda dan pada kad
ingatan.
Untuk melihat status ingatan anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan > Storan untuk melihat status ingatan anda.
Kad ingatan
Peranti anda menyokong kad ingatan microSD™, yang digunakan untuk menyimpan
kandungan. Jenis kad ini boleh digunakan sebagai kad ingatan mudah alih dengan
peranti serasi yang lain.
Anda mungkin perlu membeli kad ingatan secara berasingan.
Memformat kad ingatan
Anda boleh memformat kad ingatan dalam peranti anda, contohnya, untuk
mengosongkan ingatan. Ini bermakna anda memadam semua data pada kad.
Semua kandungan pada kad ingatan dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan
anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad ingatan.
Untuk membuat sandaran kandungan anda, anda boleh menyalinnya ke komputer anda. Untuk
maklumat lanjut, rujuk kepada bab
Menyambung peranti anda kepada komputer
pada
halaman 98.
Untuk memformatkan kad ingatan
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Cari dan ketik Storan > Hapuskan data kad SD.
3
Untuk mengesahkan, ketik Hapuskan data kad SD > Padam semua
Mengosongkan ingatan aplikasi
Kadangkala anda mungkin perlu mengosongkan ingatan untuk aplikasi. Contohnya,
hal ini mungkin berlaku jika ingatan aplikasi menjadi penuh atau anda ingin
mengosongkan skor untuk permainan. Anda juga mungkin ingin memadamkan e-mel
masuk, teks dan mesej multimedia dalam beberapa aplikasi.
Untuk mengosongkan ingatan bagi aplikasi
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Cari dan ketik Aplikasi.
3
Ketik aplikasi yang anda ingin kosongkan ingatan.
4
Ketik Kosongkan cache.
Sesetengah aplikasi tidak mungkin dapat dikosongkan memorinya.
33
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.