Sony Xperia SP - Bateri

background image

Bateri

Peranti anda mempunyai bateri dibenam.

Mengecas bateri

Bateri anda tidak dicas sepenuhnya semasa anda membeli peranti anda. Ia boleh

mengambil masa beberapa minit sebelum ikon bateri kelihatan pada skrin semasa

anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber kuasa seperti port USB atau

pengecas. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas.

Mengecas peranti anda dalam tempoh yang lama, contohnya, semalaman, tidak

merosakkan bateri atau peranti.

Untuk mengecas peranti anda

15

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.

2

Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port

USB komputer).

3

Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,

dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala

apabila pengecasan bermula.

4

Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti

anda dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.

Gunakan pengecas dan kabel USB yang dibekalkan dengan peranti untuk memastikan

pengecasan pantas. Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil

masa beberapa minit sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan

kelihatan.

Status lampu pemberitahuan bateri

Hijau

Paras cas bateri melebihi 90%

Berdenyar merah

Paras cas bateri rendah

Jingga

Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%

Untuk menyemak paras bateri

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Mengenai telefon > Status > Paras bateri.

Memperbaik prestasi bateri

Petua berikut dapat membantu anda memperbaik prestasi bateri:

Cas peranti anda dengan kerap. Hal ini tidak akan menjejaskan jangka hayat bateri

tersebut.

Memuat turun data dari Internet menggunakan kuasa. Apabila anda tidak

menggunakan Internet, anda boleh menjimatkan kuasa dengan menyahdayakan

semua sambungan data melalui rangkaian mudah alih. Tetapan ini tidak menghalang

peranti anda daripada menghantar data melalui rangkaian wayarles lain.

Matikan sambungan Bluetooth® dan Wi-Fi® apabila anda tidak memerlukan ciri ini.

Anda boleh menghidupkannya dan mematikannya dengan lebih mudah dari panel

Pemberitahuan dengan menyeret bar status ke bawah.

Gunakan ciri STAMINA mode dan Mod bateri lemah untuk mengurangkan

penggunaan bateri. Anda boleh memilih mod penjimatan kuasa yang paling sesuai

dengan cara anda menggunakan peranti anda. Anda juga boleh menyesuaikan

tetapan setiap mod jimat kuasa.

Tetapkan aplikasi penyelarasan anda (digunakan untuk menyelaraskan e-mel,

kalendar dan kenalan anda) untuk menyelaras secara manual. Anda juga boleh

menyelaras secara automatik, tetapi meningkatkan selang penyelarasan itu.

Semak menu penggunaan bateri dalam peranti anda untuk melihat aplikasi mana

menggunakan paling banyak kuasa. Bateri anda menggunakan lebih banyak kuasa

semasa anda menggunakan aplikasi penstriman video dan muzik, seperti YouTube™.

Sesetengah aplikasi yang dimuat turun dari Google Play™ juga mungkin

menggunakan lebih banyak kuasa.

Tutup dan keluar daripada aplikasi yang anda tidak gunakan.

Rendahkan paras kecerahan paparan skrin.

Matikan peranti anda atau aktifkan tetapan Mod pesawat jika anda berada dalam

kawasan yang tiada liputan rangkaian. Jika tidak, peranti anda berulang kali

mengimbas rangkaian tersedia dan hal ini menggunakan kuasa.

Gunakan peranti bebas tangan tulen Sony™ untuk mendengar muzik. Peranti bebas

tangan memerlukan kuasa bateri yang lebih rendah daripada pembesar suara peranti

anda.

Jika boleh, pastikan peranti anda sentiasa dalam keadaan bersedia. Masa bersedia

merujuk pada tempoh waktu peranti disambungkan ke rangkaian dan tidak digunakan.

Nyahdayakan mana-mana hias latar hidup.

16

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengakses menu penggunaan bateri

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.

Menggunakan mod STAMINA

Aktifkan ciri STAMINA mode untuk menjeda sambungan Wi-Fi®, trafik data anda dan

beberapa aplikasi yang menggunakan kuasa semasa skrin anda tidak aktif. Semasa

mod STAMINA aktif, anda masih boleh menerima panggilan telefon serta mesej teks

dan multimedia. Anda juga boleh menyediakan senarai aplikasi untuk membenarkan

sesetengah aplikasi supaya terus berjalan semasa skrin anda tidak aktif. Selepas

skrin menjadi aktif semula, semua fungsi yang dijeda diteruskan.

Untuk mengaktifkan mod STAMINA

1

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

2

Cari dan ketik Pengurusan kuasa.

3

Seret penggelangsar bersebelahan STAMINA mode ke kanan, kemudian ketik

Aktifkan

. kelihatan dalam bar status apabila mod STAMINA diaktifkan.

Untuk menyahaktifkan mod STAMINA

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

3

Ketik bersebelahan STAMINA mode.

Untuk menukar tetapan bagi mod STAMINA

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

3

Untuk membuka menu tetapan, ketik STAMINA mode.

4

Tambah atau alih keluar aplikasi seperti yang diinginkan.

5

Setelah anda selesai, ketik Selesai.

Menganggarkan masa bersedia untuk peranti anda

Masa bersedia merujuk kepada jumlah masa bateri boleh bertahan semasa peranti

anda disambungkan ke rangkaian tetapi tidak digunakan secara aktif, contohnya bagi

menerima atau membuat panggilan telefon. Mod STAMINA, apabila diaktifkan,

berterusan menilai baki masa bersedia, yang berbeza-beza bergantung kepada cara

anda menggunakan peranti anda. Mod STAMINA lebih efektif dalam memanjangkan

masa bersedia jika anda membiarkan skrin peranti anda dikunci. Jika anda jarang

mengunci skrin, anda mungkin tidak akan melihat banyak peningkatan dalam prestasi

bateri.

Apabila anda menggunakan peranti anda buat pertama kali, anggaran masa bersedia mungkin

tidak tepat kerana tiada sejarah penggunaan terdahulu untuk dibuat anggaran.

Untuk melihat anggaran masa bersedia

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

Menggunakan mod Bateri lemah

Anda boleh mengaktifkan ciri Mod bateri lemah untuk menjimatkan kuasa semasa

tahap bateri rendah. Ciri ini membantu anda melaraskan tetapan untuk kecerahan

skrin, trafik data dan fungsi getar supaya anda boleh mengurangkan penggunaan

bateri.

Untuk mengaktifkan mod Bateri lemah

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

3

Ketik bersebelahan Mod bateri lemah, kemudian ketik Aktifkan.

17

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyahaktifkan mod Bateri lemah

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

3

Ketik bersebelahan Mod bateri lemah.

Untuk menukar tetapan bagi mod Bateri lemah

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Pengurusan kuasa.

3

Untuk membuka menu tetapan, ketik Mod bateri lemah.

4

Laraskan tetapan seperti yang diinginkan.

5

Setelah anda selesai, ketik .