Memuat turun aplikasi daripada sumber lain
Apabila peranti anda ditetapkan untuk membenarkan muat turun daripada sumber
selain Google Play™, anda boleh memuat turun aplikasi secara terus daripada laman
tapak web lain dengan mengikuti arahan muat turun berkaitan.
Memasang aplikasi yang asal usulnya tidak diketahui atau tidak boleh dipercayai boleh
merosakkan peranti anda. Hanya muat turun aplikasi daripada sumber yang dipercayai.
Hubungi pembekal aplikasi sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Untuk membenarkan muat turun aplikasi daripada sumber lain
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Tetapan >Keselamatan.
3
Tandakan kotak semak Sumber tidak diketahui.
4
Ketik OK.
Sesetengah aplikasi mungkin perlu mengakses data, tetapan dan pelbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Hanya pasang dan beri kebenaran kepada aplikasi yang
anda percayai.
Anda boleh melihat kebenaran yang diberikan kepada aplikasi perisian dimuat turun dengan
mengetik apliaski di bawah Tetapan > Aplikasi.
38
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.