Pengehadan kepada perkhidmatan dan ciri
Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang diterangkan dalam Panduan pengguna ini
tidak disokong di semua negara/rantau atau oleh semua rangkaian dan/atau
pembekal khidmat dalam semua kawasan. Tanpa pengehadan, ini juga digunakan
untuk Nombor Kecemasan Antarabangsa GSM, iaitu 112. Sila hubungi pengendali
rangkaian atau pembekal khidmat anda untuk menentukan ketersediaan sebarang
perkhidmatan atau fungsi khusus dan sama ada akses atau bayaran penggunaan
tambahan dikenakan.
Penggunaan ciri dan aplikasi tertentu yang diterangkan dalam panduan ini mungkin
memerlukan akses kepada Internet. Anda boleh dikenakan caj sambungan data
apabila anda menyambung ke Internet dari peranti anda. Hubungi pengendali
rangkaian wayarles anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.