Maklumat undang-undang
SonyC5302/C5303/C5306
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini yang disebabkan
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau peningkatan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun,
perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini.
©Sony Mobile Communications AB, 2013.
Hak cipta terpelihara.
Peranti mudah alih anda berkeupayaan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula kandungan
tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan tersebut mungkin disekat atau dilarang oleh
hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang diguna
pakai. Anda, dan bukan Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat
turun atau hantar semula dari peranti mudah alih anda. Sebelum penggunaan sebarang kandungan tambahan,
sila sahkan bahawa tujuan penggunaan anda itu dilesenkan sewajarnya atau dibenarkan. Sony tidak menjamin
ketepatan, integriti atau kualiti apa-apa kandungan tambahan atau apa-apa kandungan pihak ketiga yang lain.
Dalam apa-apa keadaan sekalipun Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak
wajar kandungan tambahan atau kandungan pihak ketiga lain.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga.
Penggunaan pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran berasingan
dengan pembekal pihak ketiga dan mungkin tertakluk pada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang
diakses pada atau melalui tapak web pihak ketiga, sila semak dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang
dikenakan oleh tapak web seperti itu. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang tapak web
pihak ketiga atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Keluarkan bateri untuk melihat maklumat kawal selia seperti tanda CE.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar pemiliknya masing-masing. Mana-mana hak yang tidak diberi secara nyata dalam buku panduan ini
adalah terpelihara. Semua tanda dagangan lain merupakan hak milik pemiliknya masing-masing.
Lawati
www.sonymobile.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar
dengan tepat.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini dilarang tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk
melindungi hak milik intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk
mengakses kandungan yang dilindungi WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik
kandungan boleh meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM
untuk memainkan atau menyalin kandungan yang dilindungi. Pembatalan tidak memberi kesan pada
kandungan yang tidak dilindungi. Apabila anda memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda
bersetuju bahawa Microsoft boleh memasukkan senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan mungkin
memerlukan anda menaik taraf WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak penaikan
taraf, anda tidak akan dapat mengakses kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video
MPEG-4") atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan
oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya
daripada pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC.
Tiada lesen diberikan atau boleh dikenakan secara tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat
123
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
tambahan termasuk maklumat yang berkaitan dengan promosi, penggunaan dalaman dan komersil dan
pelesenan boleh diperolehi daripada MPEG LA, L.L.C. Lihat http://www.mpegla.com. Teknologi penyahkodan
audio MPEG Layer-3 berlesen daripada Fraunhofer IIS and Thomson.
SONY MOBILE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEBARANG KEHILANGAN, PEMADAMAN
DAN/ATAU PENULISAN GANTI DATA BAGI DATA PERIBADI ATAU FAIL YANG DISIMPAN PADA TELEFON
ANDA (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KENALAN, TREK MUZIK DAN GAMBAR) YANG
TIMBUL DARIPADA SEBARANG KEMAS KINI PERANTI MELALUI SEBARANG KAEDAH YANG
DITERANGKAN DALAM PANDUAN PENGGUNA INI, SERTA YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN
SEBARANG PETUNJUK DAN PETUA YANG DIBERIKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN “KAEDAH
MEMINDAHKAN KENALAN” DAN “STORAN DATA” DOKUMEN INI. DALAM APA JUGA KEADAAN, JUMLAH
LIABILITI SONY MOBILE ATAU PEMBEKALNYA TERHADAP ANDA UNTUK SEBARANG DAN SEMUA
KEROSAKAN, KEHILANGAN DAN PUNCA TINDAKAN (SAMA ADA DALAM KONTRAK ATAU TORT,
TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA) ADALAH TIDAK MELEBIHI
AMAUN SEBENAR YANG ANDA BAYAR UNTUK PERANTI ANDA.
124
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.