Pemasangan
Untuk menanggalkan penutup belakang
•
Masukkan kuku ibu jari ke dalam ruang antara penutup belakang dan tepi
peranti anda, kemudian tolak penutup ke atas.
Untuk memasukkan kad SIM mikro dan kad ingatan
•
Matikan peranti anda dan tanggalkan penutup belakang, kemudian masukkan
kad ingatan dan kad SIM mikro ke dalam slot yang berkaitan.
Kad ingatan mungkin tidak disertakan dengan pembelian dalam semua pasaran.
Peranti anda memerlukan kad SIM mikro. Memasukkan kad SIM yang tidak serasi ke dalam
slot kad SIM mikro boleh merosakkan kad atau peranti anda dan Sony tidak menjamin serta
tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan kad
SIM yang tidak serasi atau yang telah diubah suai.
Untuk memasang penutup belakang
9
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Letakkan penutup belakang di atas bahagian belakang peranti, kemudian tekan
penjuru atas ke bawah untuk mengunci penutup ditempatnya.
2
Tekan tepi penutup dari atas ke bawah. Klip di bahagian dalam penutup akan
berbunyi klik apabila terkunci ditempatnya.
Jalur lut sinar bercahaya
Jalur lut sinar pada telefon anda bercahaya apabila anda menggunakan aplikasi
tertentu, apabila panggilan masuk diterima dan apabila penggera berbunyi. Cahaya
tersebut kemudiannya melenyap selepas beberapa saat untuk menjimatkan kuasa.
Warna jalur bercahaya itu berbeza-beza, bergantung pada tema yang anda gunakan.
Apabila anda melihat foto dalam Galeri, warna itu berubah mengikut foto yang sedang
anda lihat. Apabila anda memainkan muzik dengan pemain muzik, warna itu berubah
setiap kali kulit album baru dipaparkan. Anda boleh melaraskan pelbagai kesan
cahaya ini.
Untuk menetapkan kesan cahaya untuk peranti anda
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Ketik Tetapan > Paparan > Kesan cahaya.
3
Pilih kesan yang mahu digunakan.