Sony Xperia SP - Android™‎ – apa dan mengapa?

background image

Android™ – apa dan mengapa?

Xperia™ anda dari Sony dijalankan pada platformAndroid™. Peranti Android™ boleh

melaksanakan banyak fungsi yang sama seperti komputer dan anda boleh

menyuaikannya mengikut keperluan anda sendiri. Contohnya, anda boleh

menambahkan dan memadamkan aplikasi atau mempertingkat aplikasi yang sedia

ada untuk memperbaik kefungsiannya. Anda boleh memuat turun pelbagai aplikasi

dan permainan dari koleksi yang sentiasa berkembang pada Google Play™. Anda

juga boleh menyepadukan aplikasi pada peranti Android™ anda dengan aplikasi lain

dan dengan perkhidmatan dalam talian yang anda gunakan. Sebagai contoh, anda

boleh membuat sandaran kenalan anda, mengakses pelbagai akaun e-mel dan

kalendar anda dari satu tempat, mengetahui janji temu anda dan melibatkan diri

dalam rangkaian sosial.
Peranti Android™ sentiasa berkembang. Apabila versi perisian baru tersedia dan

peranti anda menyokong perisian baru ini, anda boleh mengemas kini peranti anda

untuk mendapatkan ciri-ciri baru dan peningkatan yang terkini.

Peranti Android™ anda telah dipramuatkan dengan perkhidmatan Google™. Untuk mendapat

sepenuh manfaat daripada perkhidmatan Google™ yang disediakan, anda hendaklah

mempunyai akaun Google™ dan mendaftar masuk apabila anda memulakan peranti anda

buat pertama kali. Anda juga perlu mempunyai akses Internet untuk menggunakan banyak ciri

dalam Android™.

Keluaran perisian baru mungkin tidak serasi dengan semua peranti.

7

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.