Sony Xperia SP - Akaun dan perkhidmatan

background image

Akaun dan perkhidmatan

Daftar masuk ke akaun khidmat dalam talian anda daripada peranti anda untuk

mendapatkan akses mudah semasa anda sedang dalam perjalanan. Contohnya, anda

boleh menyepadukan kenalan dari akaun Google™ anda ke dalam Kenalan anda

supaya anda mempunyai semuanya di satu tempat. Anda boleh mendaftar ke khidmat

dalam talian baru dari peranti anda serta dari komputer.

Akaun Google™

Anda perlu mempunyai akaun Google™ untuk menggunakan pelbagai aplikasi dan

perkhidmatan dengan peranti Android™ anda. Contohnya, anda memerlukan akaun

Google™ untuk menggunakan aplikasi Gmail™ pada peranti anda, untuk bersembang

dengan rakan menggunakan Hangouts™ dan untuk melaraskan aplikasi kalendar

pada peranti anda dengan Google Calendar™ anda. Anda memerlukan akaun

Google™ untuk memuat turun aplikasi dan permainan, muzik, filem serta buku dari

Google Play™ juga.

Akaun Microsoft

®

Exchange ActiveSync

®

Selaraskan peranti anda dengan akaun korporat Microsoft

®

Exchange ActiveSync

®

anda. Dengan cara ini, anda menyimpan e-mel kerja, kenalan dan acara kalendar

bersama anda pada setiap masa.

Akaun Facebook™

Facebook™ adalah perkhidmatan rangkaian sosial yang menghubungkan anda

dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja anda di seluruh dunia. Sediakan Facebook

untuk berfungsi pada peranti anda supaya anda boleh kekal berhubung dari mana-

mana.

12

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.