Sony Xperia SP - Pencerminan skrin

background image

Pencerminan skrin

Gunakan Pencerminan skrin untuk menunjukkan skrin peranti anda di TV atau

paparan besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi Wi-Fi

Direct™ mewujudkan sambungan wayarles antara dua peranti tersebut oleh itu, anda

boleh berehat dan menikmati foto kegemaran anda dari kerusi rehat anda. Anda juga

boleh menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada peranti anda melalui

speaker TV.

TV anda harus menyokong pencerminan skrin berdasarkan pada Wi-Fi CERTIFIED Miracast™

untuk menjadikan kefungsian yang diterangkan di atas berfungsi. Jika TV anda tidak

menyokong pencerminan skrin, anda perlu membeli penyesuai paparan wayarles secara

berasingan.

Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif

jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi® lain.

Untuk mencerminkan skrin peranti anda pada skrin TV

1

TV

: Ikut arahan dalam Panduan pengguna untuk TV anda bagi menghidupkan

fungsi pencerminan skrin.

2

Peranti anda

: Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

3

Cari dan ketik Kesambungan Xperia™ >Pencerminan skrin.

4

Ketik Hidupkan Pencerminan skrin dan pilih peranti.

Apabila menggunakan pencerminan skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.