Sony Xperia SP - Menyambung ke rangkaian wayarles

background image

Menyambung ke rangkaian wayarles

Anda boleh mengakses Internet secara wayarles dari peranti anda menggunakan

teknologi Wi-Fi®. Dengan cara ini, anda boleh menyemak imbas dan berkongsi fail

media melalui rangkaian Wi-Fi® yang sama dengan peranti DLNA Certified™ lain,

sebagai contoh, TV dan komputer.
Jika syarikat atau organisasi anda mempunyai rangkaian persendirian maya (VPN),

anda boleh menyambung ke rangkaian ini menggunakan peranti anda. Anda boleh

menggunakan VPN untuk mengakses intranet dan perkhidmatan dalaman lain di

syarikat anda.

Sebelum menggunakan Wi-Fi®

Untuk menyemak imbas Internet menggunakan sambungan Wi-Fi®, anda perlu

mencari dan menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dan kemudian,

buka penyemak imbas Internet. Kekuatan isyarat rangkaian Wi-Fi® mungkin berbeza

bergantung pada lokasi peranti anda. Bergerak menghampiri pusat akses Wi-Fi®

untuk meningkatkan kekuatan isyarat.

Untuk menghidupkan Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan.

3

Seret penggelangsar di sebelah Wi-Fi ke kanan untuk menghidupkan fungsi Wi-

Fi®.

Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi® didayakan.

Untuk bersambung dengan rangkaian Wi-Fi® secara automatik

1

Pastikan fungsi Wi-Fi® dihidupkan.

2

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

3

Ketik Wi-Fi. Semua rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dipaparkan.

4

Ketik rangkaian Wi-Fi® untuk bersambung dengannya. Untuk rangkaian

selamat, masukkan kata laluan berkaitan. dipaparkan pada bar status

apabila anda telah bersambung.

Ketik dan kemudian ketik

Imbas untuk mencari rangkaian tersedia yang baru.

Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® lain

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi. Rangkaian Wi-Fi® yang dikesan dipaparkan.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi® lain untuk bersambung dengannya.

Untuk mengimbas rangkaian Wi-Fi® secara manual

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.

3

Tekan , kemudian ketik Imbas.

4

Untuk bersambung kepada rangkaian Wi-Fi®, ketik nama rangkaian.

88

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah rangkaian Wi-Fi® secara manual

1

Pastikan fungsi Wi-Fi® dihidupkan.

2

Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .

3

Ketik Wi-Fi.

4

Ketik .

5

Masukkan maklumat SSID rangkaian yang diperlukan.

6

Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan Keselamatan.

7

Jika diperlukan, masukkan kata laluan.

8

Ketik Simpan.

Hubungi pentadbir rangkaian Wi-Fi® anda untuk mendapatkan SSID Rangkaian dan kata

laluan.

Tetapan Wi-Fi® lanjutan

Status rangkaian Wi-Fi®

Apabila anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi® atau apabila terdapat rangkaian Wi-

Fi® yang tersedia dalam kawasan sekitar anda, status rangkaian Wi-Fi® ini boleh

dilihat. Anda juga boleh mendayakan peranti anda untuk memberitahu anda apabila

rangkaian Wi-Fi® terbuka dikesan.

Untuk mendayakan pemberitahuan rangkaian Wi-Fi®

1

Hidupkan Wi-Fi®, jika ia belum lagi dihidupkan.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.

4

Tekan .

5

Ketik Lanjutan.

6

Tandakan kotak semak Pemberitahuan rangk..

Untuk melihat maklumat terperinci tentang rangkaian Wi-Fi® yang disambungkan

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi® yang sedang bersambung dengan anda. Maklumat

terperinci rangkaian dipaparkan.

Dasar tidur Wi-Fi®

Dengan menambah dasar tidur Wi-Fi®, anda boleh menentukan bila hendak bertukar

dari Wi-Fi® ke data mudah alih.

Jika anda tidak disambungkan ke rangkaian Wi-Fi®, peranti anda menggunakan sambungan

data mudah alih untuk mengakses Internet (jika anda telah menyediakan dan mendayakan

sambungan data mudah alih pada peranti anda).

Untuk menambah dasar tidur Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan >Wi-Fi.

3

Tekan .

4

Ketik Lanjutan.

5

Ketik Biarkan Wi-Fi aktif smsa tidur.

6

Pilih pilihan.

Wi-Fi Direct™

Gunakan Wi-Fi Direct™ untuk menyambung ke peranti lain secara terus, tanpa

menggabungkan rangkaian rumah tradisional, pejabat atau hotspot. Contohnya, anda

boleh mendayakan peranti anda untuk disambungkan secara terus kepada komputer

supaya anda boleh mengakses kandungan dari peranti anda pada komputer. Peranti

yang anda kongsikan kandungan perlu mempunyai pensijilan Wi-Fi Direct™.

89

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menghidupkan Wi-Fi Direct™

1

Pastikan fungsi Wi-Fi® dihidupkan pada peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Tetapan > Wi-Fi.

4

Ketik > Wi-Fi Direct.

Berkongsi sambungan data mudah alih anda

Anda boleh berkongsi sambungan data mudah alih peranti anda dengan satu

komputer menggunakan kabel USB. Proses ini dipanggil penambatan USB. Anda juga

boleh berkongsi sambungan data peranti anda dengan sehingga lapan peranti lain

secara serentak, dengan menjadikan telefon anda hotspot Wi-Fi® mudah alih. Apabila

sambungan data mudah alih peranti anda berjaya dikongsi, peranti yang berkongsi

boleh menggunakan sambungan data peranti anda, contohnya, untuk melayari

Internet, memuat turun aplikasi atau menghantar dan menerima e-mel.

Anda mungkin perlu menyediakan komputer anda untuk mewujudkan sambungan rangkaian

melalui kabel USB. Pergi ke www.android.com/tether untuk mendapatkan maklumat semasa

terkini.

Untuk berkongsi sambungan data anda menggunakan kabel USB

1

Nyahaktifkan semua sambungan kabel USB ke peranti anda.

2

Menggunakan kabel USB yang disertakan dengan peranti anda, sambung

peranti anda kepada komputer.

3

Dari Skrin utama anda, ketik .

4

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.

5

Tandakan Penambatan USB kotak semak, kemudian ketik OK jika digesa.

dipaparkan pada bar status apabila anda telah bersambung.

6

Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda, nyahtanda kotak semak

Penambatan USB

atau tanggalkan kabel USB.

Anda tidak boleh berkongsi sambungan data dan kad SD peranti anda melalui kabel USB

pada masa yang sama.

Untuk menggunakan peranti anda sebagai hotspot Wi-Fi® mudah alih

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.

3

Ketik Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigur hotspot Wi-Fi.

4

Masukkan maklumat SSID rangkaian yang diperlukan.

5

Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan Keselamatan. Jika diperlukan,

masukkan kata laluan.

6

Ketik Simpan.

7

Ketik dan tandakan kotak semak Hotspot Wi-Fi mudah alih.

8

Jika digesa, ketik OK untuk mengesahkan. muncul pada bar status selepas

hotspot Wi-Fi® mudah alih aktif.

9

Untuk berhenti berkongsi sambungan data anda melalui Wi-Fi®, nyahtanda

kotak semak Hotspot Wi-Fi mudah alih.

Untuk menamakan semula atau melindungi hotspot mudah alih anda

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Dapatkan dan ketik Tetapan > Lagi… > Tether & hotspot mdah alih.

3

Ketik Tetapan hotspot Wi-Fi mudah alih > Konfigur hotspot Wi-Fi.

4

Masukkan SSID rangkaian bagi rangkaian.

5

Untuk memilih jenis keselamatan, ketik medan Keselamatan.

6

Jika diperlukan, masukkan kata laluan.

7

Ketik Simpan.

Rangkaian persendirian maya (VPN)

Gunakan peranti anda untuk bersambung kepada rangkaian persendirian maya

(VPN), yang membenarkan anda mengakses sumber dalam rangkaian tempatan

selamat daripada rangkaian awam. Contohnya, sambungan VPN lazimnya digunakan

oleh syarikat dan institusi pendidikan untuk pengguna yang memerlukan akses

90

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

intranet dan perkhidmatan dalaman yang lain apabila mereka berada di luar rangkaian

dalaman, contohnya, apabila mereka dalam perjalanan.
Sambungan VPN boleh disediakan dalam pelbagai cara, bergantung pada rangkaian.

Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan anda memindahkan dan memasang sijil

keselamatan pada peranti anda. Untuk butiran terperinci mengenai cara menyediakan

sambungan kepada rangkaian persendirian maya anda, hubungi pentadbir rangkaian

syarikat atau organisasi anda.

Untuk menambah rangkaian persendirian maya

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > VPN.

3

Ketik .

4

Pilih jenis VPN yang mahu ditambah.

5

Masukkan tetapan VPN anda.

6

Ketik Simpan.

Untuk bersambung ke rangkaian persendirian maya

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik Tetapan > Lagi… > VPN.

3

Dalam senarai rangkaian yang tersedia, ketik VPN yang anda mahu

sambungkan.

4

Masukkan maklumat yang diperlukan.

5

Ketik Sambung.

Untuk memutuskan sambungan daripada rangkaian peribadi maya

1

Seret bar status ke bawah.

2

Ketik pemberitahuan untuk sambungan VPN untuk mematikannya.