Mengimbas kod bar dengan aplikasi NeoReader™
Mengenai pengimbasan dengan aplikasi NeoReader™
Gunakan peranti anda sebagai pengimbas kod bar untuk mengetahui lebih lanjut
mengenai item yang anda imbas. Contohnya, anda melihat sehelai kot dalam iklan
majalah dan mahu mencari saluran runcit terdekat untuk membelinya. Jika iklan
mengandungi kod bar yang boleh dibaca, aplikasi NeoReader™ menggunakan kod ini
102
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
untuk mengakses kandungan web mudah alih, seperti halaman web dengan lebih
banyak maklumat produk atau peta saluran runcit yang berdekatan. NeoReader™
menyokong kebanyakan jenis kod bar standard.
Untuk memulakan aplikasi NeoReader™
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Dapatkan dan ketik NeoReader™.
Untuk mengimbas kod bar
1
Apabila aplikasi NeoReader™ dibuka, pegang peranti anda atas kod bar
sehingga keseluruhan kod bar kelihatan dalam pemidang tilik.
2
Peranti anda mengimbas kod bar secara automatik dan bergetar semasa kod
bar dikenal pasti.
Untuk memasukkan kod bar secara manual
1
Apabila aplikasi NeoReader™ dibuka, ketik .
2
Masukkan nombor kod bar dalam medan teks, kemudian ketik GO!.
Gambaran keseluruhan menu aplikasi NeoReader™
Pilihan menu berikut tersedia dalam aplikasi NeoReader™:
Ketik untuk membuka lebih banyak pilihan
Masukkan nombor kod bar secara manual. Pilihan ini boleh digunakan jika kamera anda
menghadapi kesukaran membaca kod bar
Lihat senarai kod bar yang telah diimbas sebelumnya
Lihat maklumat mengenai aplikasi NeoReader™. Baca selanjutnya mengenai pelbagai jenis kod
bar dan cara untuk menggunakan NeoReader™
Pilih tetapan peribadi anda, seperti bahasa atau negara. Maklumat ini digunakan untuk
memperibadikan kandungan kod bar. Anda juga boleh memilih keutamaan cara anda
menggunakan aplikasi NeoReader™
Hantar mesej teks untuk menjemput rakan untuk memuat turun aplikasi NeoReader™