Sony Xperia SP - Berkongsi kandungan dengan peranti yang DLNA Certified™‎

background image

Berkongsi kandungan dengan peranti yang DLNA Certified™

Anda boleh melihat atau memainkan kandungan media yang disimpan ke peranti

anda atau peranti lain seperti, sebagai contoh, TV atau komputer. Peranti tersebut

mestilah DLNA Certified™ oleh Digital Living Network Alliance dan semua peranti

mestilah disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama untuk berkongsi

kandungan tersebut. Anda boleh juga melihat atau memainkan kandungan dari

peranti DLNA Certified™ yang lain pada peranti anda.
Selepas anda menyediakan perkongsian kandungan antara peranti, anda boleh,

sebagai contoh, mendengarkan fail muzik yang disimpan pada komputer rumah anda

daripada peranti anda atau melihat foto yang diambil dengan kamera telefon anda

pada skrin TV yang besar.

Mainkan fail daripada peranti DLNA Certified™ pada peranti anda

Apabila anda memainkan fail dari peranti DLNA Certified™ pada peranti anda, peranti

lain ini bertindak sebagai pelayan. Dalam kata lain, ia berkongsi kandungan melalui

rangkaian. Peranti pelayan mesti menjadikan fungsi perkongsiannya didayakan dan

memberi kebenaran akses kepada peranti anda. Ia juga mesti disambungkan kepada

rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

Untuk memainkan trek yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada

rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik WALKMAN.

3

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

4

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih trek yang anda

mahu mainkan. Trek mula dimainkan secara automatik.

91

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memainkan video yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada

rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik Wayang.

3

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

4

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih video yang anda

mahu mainkan.

Untuk melihat foto yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada

rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Album > Album saya. Semua album dalam talian yang tersedia

anda dan peranti yang disambungkan dipaparkan.

4

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

5

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih foto untuk

melihatnya.

Bersedia untuk memainkan kandungan daripada peranti anda pada

peranti DLNA Certified™

Sebelum anda boleh melihat atau memainkan fail media dari peranti anda pada

peranti DLNA Certified™ lain, anda mesti menyediakan perkongsian fail pada peranti

anda. Peranti yang anda kongsikan kandungan dipanggil peranti klien. Sebagai

contoh, TV, komputer atau tablet boleh bertindak sebagai peranti klien. Peranti anda

berfungsi sebagai pelayan media apabila ia menyediakan kandungan kepada peranti

klien. Apabila anda menyediakan perkongsian fail pada peranti anda, anda mesti juga

memberikan kebenaran akses kepada peranti klien. Selepas anda melakukannya,

peranti tersebut dipaparkan sebagai peranti yang didaftarkan. Peranti yang menunggu

untuk mendapatkan kebenaran akses disenaraikan sebagai peranti yang menunggu

kebenaran.

Untuk menyediakan perkongsian fail menggunakan ciri Peranti Tersambung[MR2]

1

Sambungkan peranti anda ke rangkaian Wi-Fi®.

2

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

4

Hidupkan fungsi Kongsi media, seret penggelangsar. kelihatan dalam bar

status. Kini peranti anda boleh berfungsi sebagai pelayan media.

5

Sambungkan komputer anda atau peranti lain ke rangkaian Wi-Fi® yang sama

seperti peranti anda.

6

Pemberitahuan muncul dalam bar status peranti anda. Buka pemberitahuan

dan tetapkan kebenaran akses yang berkaitan untuk peranti lain.

Arahan yang diterangkan di atas mungkin berbeza bergantung pada peranti klien yang

digunakan. Rujuk kepada Panduan pengguna peranti klien untuk mendapatkan maklumat

lanjut. Jika peranti tidak dapat bersambung, semak untuk memastikan bahawa rangkaian Wi-

Fi® anda berfungsi.

Anda juga boleh mengakses menu Pelayan media di bawah Tetapan > Xperia™ > Tetapan

pelayan media. Jika anda menutup paparan Pelayan media, fungsi perkongsian fail kekal

berjalan di latar belakang.

Untuk berhenti berkongsi fail dengan peranti DLNA Certified™

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

3

Seret gelangsar untuk mematikan fungsi Kongsi media.

Untuk menetapkan kebenaran akses untuk peranti menunggu

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai Peranti menunggu.

4

Pilih tahap kebenaran akses.

92

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menukar nama peranti didaftarkan

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai Peranti berdaftar, kemudian pilih Tukar nama.

4

Masukkan nama baru untuk peranti.

Untuk menukar tahap akses bagi peranti berdaftar

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai Peranti berdaftar.

4

Ketik Tukar tahap akses dan buat pilihan.

Untuk mendapatkan bantuan mengenai berkongsi kandungan dengan peranti

DLNA Certified™ yang lain

1

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

2

Ketik , kemudian ketik Pelayan media.

3

Ketik .

Memainkan fail pada peranti Digital Media Renderer

Menggunakan teknologi DLNA™ anda boleh menolak kandungan media yang

disimpan pada peranti anda ke peranti lain yang disambungkan kepada rangkaian Wi-

Fi® yang sama. Peranti lain mestilah dapat berfungsi sebagai peranti Digital Media

Renderer (DMR), yang bermakna ia boleh memaparkan atau memainkan kandungan

yang diterima dari peranti anda. Peranti DMR boleh jadi, sebagai contoh, TV dengan

fungsi DLNA atau PC yang menjalankan Windows® 7 atau lebih tinggi.

Tetapan untuk mendayakan Digital Media Renderer mungkin berbeza-beza bergantung pada

peranti yang digunakan. Rujuk kepada panduan pengguna untuk peranti masing-masing untuk

maklumat yang lebih terperinci.

Kandungan dengan Pengurusan Hak Digital (DRM) tidak boleh dimainkan pada peranti Digital

Media Renderer menggunakan teknologi DLNA™.

Untuk melihat foto atau video dari peranti anda pada peranti DMR

1

Pastikan anda sudah menyediakan peranti DMR dengan betul dan bahawa

peranti itu disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti

anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik Album .

4

Semak imbas dan buka fail yang mahu anda lihat.

5

Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik dan pilih peranti DMR

untuk berkongsi kandungan anda. Fail yang dipilih itu mula dimainkan dalam

turutan kronologi pada peranti yang anda pilih.

6

Untuk memutuskan sambungan dari peranti DMR, ketik , kemudian pilih

peranti anda. Fail berhenti bermain pada peranti DMR tetapi terus dimainkan

pada peranti anda.

Anda juga boleh berkongsi video dari aplikasi Wayang pada peranti anda dengan mengetik

video dan kemudian mengetik .

Untuk memainkan trek muzik dari peranti anda pada peranti DMR

1

Pastikan anda sudah menyediakan peranti DMR dengan betul dan bahawa

peranti itu disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti

anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik WALKMAN.

3

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi,

kemudian ketik trek itu.

4

Ketik dan pilih peranti DMR untuk berkongsi kandungan anda. Trek akan

dimainkan secara automatik pada peranti yang anda pilih.

5

Untuk memutuskan sambungan daripada peranti DMR, ketik , kemudian pilih

peranti anda. Trek berhenti bermain pada peranti DMR tetapi terus dimainkan

pada peranti anda.

93

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.