Mengelakkan entri duplikasi dalam aplikasi Kenalan
Jika anda menyelaraskan kenalan anda dengan akaun baru atau mengimport
maklumat kenalan dengan cara lain, anda akan mendapat entri duplikasi dalam
aplikasi Kenalan. Sekiranya ia berlaku, anda boleh menggabungkan duplikasi tersebut
untuk membentuk satu entri. Dan jika anda telah menggabungkan entri secara tidak
sengaja, anda boleh mengasingkannya sekali lagi kemudian.
Untuk memaut kenalan
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik kenalan yang anda ingin pautkan dengan kenalan lain.
3
Tekan , kemudian ketik Pautkan kenalan.
4
Ketik kenalan yang maklumatnya anda ingin gabungkan dengan kenalan
pertama, kemudian, ketik OK untuk sahkan. Maklumat daripada kenalan
pertama dicantumkan dengan kenalan kedua, dan kenalan terpaut dipaparkan
sebagai satu kenalan dalam senarai Kenalan.
Untuk mengasingkan kenalan terpaut
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik kenalan terpaut yang anda ingin sunting, kemudian ketik .
3
Ketik Nyahpaut kenalan > Nyahpaut.