Sony Xperia SP - Tetapan kamera video

background image

Tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik salah satu daripada ikon tetapan pada skrin.

3

Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .

4

Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Resolusi video

Laraskan resolusi video untuk format berbeza.

HD Penuh

1980×1080(16:9)

Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 16:9. 1980×1080 piksel.

HD

1280×720(16:9)

Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah bidang 16:9. 1280×720 piksel.

MMS

Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini

adalah terhad supaya muat dalam mesej multimedia.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.

Pemasa diri

Dengan pemasa diri anda boleh merakam video tanpa memegang peranti.

Gunakannya untuk merakam video kumpulan agar semua orang boleh berada dalam

video tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk mengelakkan

kamera bergoyang semasa merakam video.

Hidup (10 s.)

Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Hidup (2 s.)

Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Matikan

Video mula merakam sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.

Mod Fokus

Tetapan fokus mengawal bahagian pada video yang sepatutnya tajam. Apabila

autofokus berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan

dalam bingkai fokus putih kekal jelas.

Fokus auto tunggal

Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Autofokus berterusan dihidupkan.

Pengecaman muka

Kamera mengecam sehingga lima muka manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada skrin.

Kamera memberi fokus secara automatik pada muka terdekat. Anda juga boleh memilih muka yang ingin

difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai kuning

74

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

menunjukkan muka yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh digunakan untuk

semua jenis pemandangan. Autofokus berterusan dihidupkan.

Penjejakan objek

Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera menjejakinya untuk

anda.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.

Permeteran

Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur

jumlah cahaya yang terpancar pada imej yang anda ingin tangkap.

Tengah

Melaraskan dedahan ke tengah imej.

Purata

Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh imej.

Titik

Melaraskan dedahan dalam bahagian imej yang paling kecil yang anda ingin tangkap.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.

Mikrofon

Pilih sama ada hendak menangkap bunyi sekeliling ketika merakam video.

Denyar

Gunakan lampu untuk merakam video semasa keadaan pencahayaan kurang

memuaskan atau apabila terdapat cahaya latar. Ikon denyar video hanya tersedia

pada skrin kamera video. Ambil perhatian bahawa kadangkala kualiti video lebih baik

tanpa cahaya walaupun keadaan pencahayaan kurang memuaskan.

Hidupkan

Matikan

75

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.