Sony Xperia SP - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto Superior

Optimumkan tetapan anda untuk disesuaikan dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Kesan gambar

Gunakan kesan pada foto.

Sapuan Panorama

Gunakan tetapan ini untuk mengambil foto panoramik sudut luas. Cuma tekan kekunci kamera dan

gerakkan kamera dengan stabil dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera apabila skrin dikunci dengan menekan

dan menahan kekunci kamera.

Lancar dan tangkap

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera apabila skrin dikunci dengan menekan

dan menahan kekunci kamera.

Lancar dan rakam video

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera dan mula menangkap video apabila skrin

dikunci dengan menekan dan menahan kekunci kamera.

Matikan

70

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Tangkap sentuh

Kenal pasti kawasan fokus tertentu dengan menyentuh skrin kamera dengan jari

anda. Foto diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda. Tetapan ini hanya

tersedia apabila mod fokus ditetapkan kepada fokus sentuh.

Bunyi pengatup

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup apabila anda merakam

video.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh

ditanggalkan atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Imbangan putih

Fungsi ini melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan pencahayaan Ikon

tetapan imbangan putih tersedia pada skrin kamera.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan

pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol

lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Cahaya siang

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.