
Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Untuk memapar semua tetapan, ketik .
3
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Resolusi
Pilih antara beberapa saiz gambar dan nisbah bidang sebelum mengambil foto. Foto
dengan resolusi yang lebih tinggi memerlukan ingatan yang lebih besar.
3264×2448(4:3)
Saiz gambar 8 mega piksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada
paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
71
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

3104×1746(16:9)
Saiz gambar 5 mega piksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada
paparan bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
1632×1224(4:3)
Saiz gambar 2 mega piksel dengan nisbah bidang 4:3. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada
paparan bukan skrin lebar.
1920×1080(16:9)
Saiz gambar 2 mega piksel dengan nisbah bidang 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada
paparan skrin lebar.
Pemasa diri
Dengan pemasa diri anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil potret diri atau foto kumpulan agar semua orang boleh
berada dalam foto tersebut. Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk
mengelakkan kamera bergegar semasa mengambil foto.
Hidup (10 s.)
Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Hidup (2 s.)
Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Matikan
Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.
Smile Shutter™
Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman mana kamera
akan bertindak balas sebelum mengambil foto.
Mod fokus
Fungsi fokus mengawal bahagian foto yang seharusnya tajam. Apabila autofokus
berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan dalam
bingkai fokus kuning kekal tajam.
Fokus auto tunggal
Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Fokus auto berterusan dihidupkan. Sentuh
terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang menunjukkan fokus sudah
ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Berbilang fokus auto
Fokus ditetapkan secara automatik pada beberapa kawasan imej. Sentuh terus skrin kamera sehingga
bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru, yang menunjukkan fokus sudah ditetapkan. Foto diambil
apabila anda melepaskan jari anda. Fokus auto berterusan dimatikan.
Pengecaman muka
Kamera mengecam sehingga lima wajah manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada skrin.
Kamera memberi fokus secara automatik pada wajah terdekat. Anda juga boleh memilih wajah mana
yang hendak difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai
biru menunjukkan muka mana yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh
digunakan untuk semua jenis pemandangan. Fokus auto berterusan dihidupkan.
Fokus sentuh
Sentuh kawasan tertentu pada skrin kamera untuk menetapkan kawasan yang difokuskan. Fokus auto
berterusan dimatikan. Sentuh terus skrin kamera sehingga bingkai fokus kuning bertukar menjadi biru,
yang menunjukkan fokus sudah ditetapkan. Foto diambil apabila anda melepaskan jari anda.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.
ISO
Anda boleh mengurangkan kekaburan imej yang disebabkan keadaan gelap atau
subjek yang bergerak dengan meningkatkan kepekaan ISO.
Auto
Menetapkan kepekaan ISO secara automatik.
100
72
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Menetapkan kepekaan ISO kepada 100.
200
Menetapkan kepekaan ISO kepada 200.
400
Menetapkan kepekaan ISO kepada 400.
800
Menetapkan kepekaan ISO kepada 800.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.
Permeteran
Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur
jumlah cahaya yang terpancar pada imej yang anda ingin tangkap.
Tengah
Melaraskan dedahan ke tengah imej.
Purata
Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh imej.
Titik
Melaraskan dedahan dalam bahagian imej yang paling kecil yang anda ingin tangkap.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.
Penstabil imej
Apabila mengambil foto, sukar untuk memegang peranti dengan stabil. Penstabil
membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan Manual.
Pratonton
Anda boleh memilih untuk pratonton foto atau video sebaik sahaja anda
menangkapnya.
Tanpa had
Pratonton foto atau video kelihatan selepas anda menangkapnya.
5 saat
Pratonton foto atau video kelihatan selama 5 saat selepas anda menangkapnya.
3 saat
Pratonton foto atau video kelihatan selama 3 saat selepas anda menangkapnya.
Sunting
Pratonton foto atau video terbuka untuk penyuntingan selepas anda menangkapnya.
Matikan
Foto atau video disimpan selepas anda menangkapnya dan tiada pratonton kelihatan.
Denyar
Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang
atau apabila terdapat cahaya latar. Pilihan berikut tersedia apabila anda ketik ikon
denyar pada skrin kamera:
Auto
Kamera menentukan sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan denyar atau tidak
secara automatik.
Hidupkan flash
Gunakan tetapan ini apabila latar belakang lebih cerah daripada subjek. Ini dapat mengeluarkan
bayangan gelap yang tidak diingini.
Pengurangan 'red eye'
73
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.
Matikan
Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar, walaupun
keadaan pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa menggunakan denyar memerlukan
tangan yang stabil. Gunakan pemasa kendiri untuk mengelakkan foto yang kabur.
Lampu suluh
Lampu suluh atau kamera dihidupkan apabila anda mengambil foto.