Pengecaman muka
Anda boleh menggunakan pengecaman muka untuk membawa muka di luar fokus ke
dalam fokus. Kamera mengesan sehingga lima muka secara automatik, ditunjukkan
oleh bingkai putih. Bingkai kuning menunjukkan muka yang telah dipilih untuk fokus.
Fokus ditetapkan kepada muka yang terdekat dengan kamera. Anda juga boleh
mengetik salah satu bingkai untuk memilih muka yang mana perlu difokuskan.
Untuk menghidupkan pengesanan muka
1
Aktifkan kamera.
2
Ketik , kemudian pilih .
3
Ketik , kemudian ketik .
4
Ketik Mod fokus > Pengecaman muka.
Untuk mengambil foto menggunakan pengecaman muka
1
Apabila kamera dibuka dan Pengecaman muka dihidupkan, halakan kamera ke
subjek anda. Sehingga lima muka boleh dikesan dan setiap muka yang dikesan
dibingkaikan.
2
Tekan kekunci kamera separuh ke bawah. Bingkai kuning menunjukkan muka
mana berada dalam fokus.
3
Untuk mengambil foto, tekan kekunci kamera sepenuhnya ke bawah.