Anak tetingkap pratonton e-mel
Anak tetingkap pratonton tersedia untuk melihat dan membaca mesej e-mel anda
dalam orientasi lanskap. Sebaik sahaja diaktifkan, anda boleh menggunakannya
untuk melihat kedua-dua senarai mesej e-mel dan satu mesej e-mel terpilih pada
masa yang sama.
Untuk aktifkan anak tetingkap pratonton
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik E-mel.
2
Ketik , kemudian ketik Tetapan.
3
Ketik Umum > Pratonton anak tetingkap.
4
Buat pilihan, atau gabungan pilihan, kemudian ketik OK.
Untuk membaca e-mel menggunakan anak tetingkap pratonton
1
Pastikan anak tetingkap pratonton diaktifkan.
2
Buka peti masuk e-mel anda.
3
Tatal ke atas atau bawah dan ketik mesej e-mel yang anda ingin baca.
4
Untuk melihat mesej e-mel dalam format skrin penuh, ketik bar pemisah
(terletak antara senarai e-mel dan isi e-mel).
5
Untuk kembali ke paparan peti masuk biasa, ketik bar pemisah sekali lagi.