
Album foto
Tab Album saya dalam aplikasi Album mengumpul semua album foto anda, termasuk
album foto dan video yang diambil dengan kamera serta kandungan yang anda kongsi
secara dalam talian melalui perkhidmatan seperti PlayMemories, Picasa dan
Facebook. Sebaik sahaja anda dilog masuk ke perkhidmatan sedemikian, anda boleh
mengurus kandungan, memberi komen pada foto dan video dan melihat komen
daripada rakan. Daripada aplikasi Album, anda juga boleh menambah geoteg pada
foto, melaksanakan tugas menyunting asas dan menggunakan kaedah seperti
teknologi wayarles Bluetooth®, e-mel dan pemesejan untuk berkongsi kandungan.
79
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

1
Lihat foto dan video menggunakan perkhidmatan dalam talian PlayMemories
2
Lihat foto dan video pada Facebook™
3
Lihat foto dan video dalam Picasa™
4
Lihat foto menggunakan perkhidmatan dalam talian Flickr™
5
Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda
6
Lihat semua foto dan video yang disimpan ke storan dalaman peranti anda
7
Lihat foto anda dalam mod bumi
8
Lihat foto anda pada peta
9
Lihat semua foto dan video yang disimpan ke kad ingatan boleh alih
10 Lihat semua foto yang mengandungi muka
Perkhidmatan dalam talian PlayMemories tidak tersedia di semua negara/rantau.
Untuk melihat foto daripada perkhidmatan dalam talian dalam Album
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik Album >Album saya.
3
Ketik perkhidmatan dalam talian yang diingini.
4
Ketik Sambung. Semua album dalam talian yang tersedia yang telah anda
muat naik ke perkhidmatan itu akan dipaparkan.
5
Ketik mana-mana album untuk melihat kandungannya, kemudian ketik foto
dalam album.
6
Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk
melihat foto atau video sebelumnya.
Untuk melihat dan menambah komen pada kandungan album dalam talian
1
Semasa melihat foto daripada album dalam talian, ketik skrin untuk
memaparkan bar alat, kemudian ketik untuk melihat komen.
2
Masukkan komen anda dalam medan input, kemudian ketik Siar.
Untuk "Suka" sesuatu foto atau video pada Facebook™
•
Semasa melihat foto atau video dari satu daripada album Facebook™, ketik
skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik untuk menunjukkan
bahawa anda "Suka" item di Facebook™.